PERMOHONAN KEMASUKAN KE MARKAZ SUNNAH NABAWIYYAH.
PENGENALAN:
1. Idea asal cadangan penubuhan Markaz Sunnah Nabawiyah (MSN) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan. Selain itu ia merupakan permintaan sebilangan besar daripada masyarakat dan juga hasrat beliau untuk melahirkan cendekiawan Islam yang pakar dalam ilmu Hadis.
2. Pada bulan Jun 2016, Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan awalnya ke Madinah al-Munawwarah bagi menziarahi Pakar Hadis Sheikh ‘Allamah Muhammad ‘Awwamah. Dan begitu juga pada bulan Julai 2016 beliau telah bertemu dengan pakar Hadis Pakistan iaitu Maulana Zulfiqar di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan Markaz Sunnah Nabawiyah.
3. Disamping itu, SS. Datuk Mufti telah mengadakan sesi lawatan dan perbincangan bersama tokoh-tokoh Hadis di Malaysia seperti Dr. Fauzi Deraman, bekas pensyarah Universiti Malaya, Sheikh Tawfiq Dhamrah yang juga merupakan pakar di dalam bidang al-Quran yang berasal daripada Jordan serta beberapa tokoh-tokoh yang lain. Disamping itu, beliau sempat melawat ke Madrasah Sri Petaling bagi melihat pembelajaran ilmu hadis yang dijalankan disana.
4. Hasil daripada lawatan dan perbincangan tersebut, cadangan penubuhan Markaz Sunnah Nabawiyah (MSN) ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat MAIWP Kali ke-137 Bil. 3/2016 yang bersidang pada 30 September 2016.
5. Mesyuarat pada dasarnya telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Markas Sunnah Nabawiyah disamping menambahbaik lagi sistem pembelajaran sedia ada.
KONSEP PELAKSANAAN MSN:
1. Melaksanakan konsep pendidikan yang menggabungkan pendidikan bersifat turathi dan konvensional. Secara jelasnya ia mengandungi 4 komponen utama iaitu:
- Pengajian Hadis, hafazan dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya;
- Pengajian kitab-kitab turath;
- Pengajian al-Quran; dan
- Pendidikan akademik berdasarkan arus perdana.
2. Penggabungan kurikulum ini, akan melahirkan insan-insan soleh dan bijak yang sentiasa mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan dalam masa yang sama mampu menjadi rujukan kepada masyarakat.
SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN:
Syarat pengambilan terbuka kepada pelajar tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya. Syarat-syarat adalah seperti berikut:
👉 Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
👉 Pemohon mestilah berumur di antara 17 hingga 19 tahun.
👉 Pengambilan hanya terbuka untuk lelaki sahaja.
👉 Pemohon mestilah mempunyai Sijil SPM atau telah menghafaz sekurang-kurangnya 25 juzuk daripada Al-Quran.
👉 Keutamaan diberikan kepada pemegang Sijil Tamat Hafazan Al-Quran 30 juzuk.
👉 Pemohon mampu membaca dan menghafal Al-Quran dengan baik.
👉 Kelayakan minima bagi setiap permohonan mestilah mendapat sekurang–kurangnya 6A bagi PT3 dan 5A bagi keputusan percubaan SPM.
👉 Pemohon mestilah daripada aliran agama dan mampu menguasai Bahasa Arab dengan baik.
PERHATIAN:
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Kaunter Khidmat Pelanggan MAIWP di Aras 1, Bangunan PERKIM atau melalui pos ke alamat berikut:
Pengurus,
Bahagian Pembangunan Insan,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras 1, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.
* Tulis pada sebelah kiri sampul
"Markaz Sunnah Nabawiyah".
Muat turun borang di:
http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/muat-turun/category/44-markaz-sunnah-nabawiyah-msn
_________________________________
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi En. Khairul Anwar Ahmad di talian: 03-4047 9444 Ext: 571.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan